Jari ingin menaip pada hari ini...
Baking on Monday! hey ho!! ...
Bahan-bahan:
Bahan Kek
·
250g tepung kek *
·
1/2 sk garam *
·
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
·
113g @ 1/2 cawan butter
·
300g gula kastor
·
2 biji telur gred A
·
1sk esen vanila
·
240ml @ 1 cawan buttermilk
·
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
·
1 sk cuka
·
1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
·
227g cream cheese
·
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
·
115g @ 1 cawan gula kastor
·
360ml @ 11/2cawan whipping cream
Cara-cara
·
Cara penyediaan buttermilk -
***Satukan 1 cawan susu
segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga
susu jadi
agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn
sukatan
yang sama.
·
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang
dengan butter.
·
Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter.
Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
·
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar
hingga kembang dan gebu.
·
Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna
merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak
berketul2.
·
Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung
berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali.
(tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
·
Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga
cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam
adunan kek dan kaup balikkan sebati.
·
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min
atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk
memastikan kek masak. Jika bersih
tandanya sudah masak.
·
Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4
bahagian.
·
Sementara menunggu kek sejuk, sediakan cream
cheese frosting. Satukan creamcheese dan
mascarpone cheese dan putar sehingga
smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus
memukul hingga smooth lagi.
Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
·
Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
btw...blom polah gik pun...pic pun dri Internet. ahha..wanna update jak lok. ^^